Perjuangan Islam tidak boleh diwarisi tanpa tarbiah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Iman tidak boleh diwarisi seperti harta pusaka, begitu juga perjuangan Islam,  kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, perjuangan Islam tidak boleh diwarisi oleh anak sendiri jika tidak mentarbiah mereka sejak daripada kecil.

"Kita jangan anggap anak kita akan mewarisi perjuangan kita dengan mudah, lebih-lebih lagi mereka hidup di zaman yang mencabar ini," katanya menerusi laman facebook.

Beliau menambah, kita hanya berusaha, kejayaan serah kepada Allah SWT.

"Kita hanya mentarbiah anak supaya mengikuti perjuangan kita," ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi.

Menurutnya, mungkin berjaya, mungkin tidak tetapi apa yang penting usaha dan azam terlebih dahulu.

"Jangan daripada awal lagi kita hanya mengharapkan kun fayakun. Insya Allah, Allah tidak mensesiakan usaha kita," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 12/1/2016

Share on Myspace