Rejim Assad tanam periuk api, kisah tragis di Madaya

HARAKAHDAILY | .

MESKIPUN Isnin lalu bantuan kemanusiaan sudah mula masuk ke wilayah Madaya, Syria yang dikepung berbulan-bulan oleh rejim Assad dan militia Syiah Hizbullah, namun kisah-kisah tragis dan memilukan terus terdengar dari wilayah tersebut.

Seorang doktor gigi yang berjaya melarikan diri dari bandar Madaya satu bulan yang lalu, menjelaskan kepada Anadolu Agency situasi bandar itu selama dikepung oleh rejim Syria pimpinan Assad dan militia Syiah Hizbullah Lubnan.

Dr Mohammed Khair yang juga anggota dari dewan bandar tempatan di Madaya, menceritakan bagaimana pasukan rejim dan Syiah Hizbullah mengepung bandar dengan pagar logam dan menanam periuk api untuk mencegah warga tempatan datang atau pergi ke wilayah itu.

Pengepungan terhadap Madaya dan desa terdekatnya Baqin, selama 200 hari terakhir, menurut Khair telah memaksa banyak warga tempatan harus bertahan hidup dengan memakan anggur yang direbus. Dan warga lain ada yang bertahan hidup dengan hanya meminum air masin ataupun dedaunan yang direbus kerana minimumnya persediaan makanan.

Banyak bayi di bandar Madaya harus kekurangan susu, sehingga tubuh mereka mengalami kekurangan zat makanan.

Menurut Khair, warga lanjut usia di Madaya, ramai daripada mereka mengalami penyakit kronik, menjadi warga yang paling menderita akibat pengepungan bersama dengan bayi dan anak-anak.

Ramai ibu di Madaya dan Baqin harus berjuang keras untuk memberi makan anak-anak mereka yang ayahnya telah terkorban selama konflik Syria berlangsung.

Ketika ditanya bagaimana warga tempatan boleh selamat dari pengepungan selama lima bulan, Khair berkata sekurang-kurangnya 42 orang di bandar itu baru-baru ini meninggal kerana kelaparan.

Sementara warga yang selamat hidup dengan memakan daging haiwan yang sudah sakit, yang diedarkan oleh persatuan amal Ithar.

Khair juga memberi amaran bahawa bandar Madaya kini mengalami kekurangan peralatan serta kakitangan perubatan yang parah.

"Bersama dengan saya, ada seorang doktor haiwan dan ahli anestesia serta beberapa mahasiswa perubatan," katanya kepada Anadolu Agency.

"Dengan kakitangan kecil ini, kami melakukan 15 operasi caesarean untuk ibu hamil dan kami juga merawat sejumlah warga yang cedera kerana ranjau darat rejim," kenang Khair.

"Peralatan perubatan, terutama anestesia, sudah hampir habis," Khair menambah. Dan dia menyesali bekalan perubatan sangat terhad yang dibenarkan masuk ke bandar itu walaupun dari PBB.

Warga Madaya harus bertahan hidup dari cuaca sejuk dengan menggunakan pohon yang mereka bakar namun parahnya para penembak tepat rejim mencegah warga mengumpulkan kayu bakar tersebut.

Ketika dia melarikan diri bandar Madaya satu bulan yang lalu, doktor gigi ini harus menghabiskan dua hari untuk mengemudi antara ranjau darat dan pergunungan berbahaya.

Dia akhirnya memutuskan untuk melarikan diri dari Madaya dan cuba untuk memberitahu kepada dunia luar tentang keadaan yang menyedihkan di Madaya selepas rejim mengingkari janji mereka untuk menamatkan pengepungan.

Selama usaha melarikan diri ke Turki, enam orang yang bersamanya terkorban terkena periuk api. [Islampos]

Share on Myspace