Dewan Ulamak puji kempen solat Subuh berjamaah

HARAKAHDAILY | .

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan memuji langkah pihak berwajib melancarkan kempen untuk menyemarakkan lagi solat Subuh secara berjamaah.

Demikian kata Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan Nazmi Nik Din ketika diminta mengulas usaha kempen solat Subuh secara berjamaah.

Dilaporkan bahawa kempen solat Subuh berjamaah telah mula dilancarkan di Putrajaya baru-baru ini. Ia dilaporkan telah mendapat pujian ramai rakyat Malaysia terutamanya warga netizen.

"Kita berharap usaha menyemarakkan solat Subuh secara berjamaah ini dapat terus diperluaskan bukan sahaja di Wilayah Persekutuan bahkan juga di negeri-negeri yang lain," kata beliau lagi.

Solat Subuh secara berjamaah, jelasnya memang banyak kelebihan dan fadhilatnya  sebagai contoh hadis yang memberi mafhum: Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah maka seolah-olah dia bagun berqiamullail separuh malam dan barangsiapa yang solat Subuh secara berjamaah seolah-olah dia bangun berqiamullail seluruh malam.

"Sekiranya seluruh umat Islam prihatin kepada tuntutan ini, saya percaya dan yakin insya Allah Islam akan kembali berdaulat suatu hari nanti kerana solat akan mencegah manusia daipada melakukan kemungkaran dan kejahatan," ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan. - HARAKAHDAILY 14/1/2016

Share on Myspace