Angka kemiskinan di Rusia meningkat

HARAKAHDAILY | .

Jumlah warga Rusia yang hidup dalam kemiskinan telah meningkat menjadi hampir 22 juta, menurut data terkini.

Hampir satu daripada tujuh warga Rusia kini hidup dalam kemiskinan, menurut data rasmi yang dikeluarkan hari Rabu. Dalam enam bulan pertama tahun 2015, jumlah warga Rusia yang hidup di bawah pendapatan minimum 10.017 Rubles ($147) setiap bulan naik menjadi 21,700,000 orang, meningkat hampir 15 peratus daripada tempoh yang sama tahun lepas, menurut data dari statistik institusi negara Rosstat, dikutip oleh Moscow Times.

Laporan Moscow Times, menambah bahawa kadar kemiskinan yang sebenarnya kemungkinan akan jauh lebih tinggi daripada angka rasmi.

Kajian bulan Ogos yang dilakukan oleh VTsIOM, perkhidmatan polling yang dikendalikan negara mendapati bahawa angka rata-rata yang disebut sebagai upah layak minimum adalah 22,700 Rubles ($334).

Kenaikan kemiskinan telah dicetuskan oleh inflasi terus meningkat, yang mencapai angka tertinggi selama 13 tahun terakhir pada bulan Mac dan harga barangan penggunaan meningkat hampir 17 peratus daripada tahun lalu. KDNK negara itu juga jatuh 4.6 peratus pada suku kedua tahun ini, ini adalah kejatuhan terbesar sejak 2009.

Menurut sebuah tinjauan pendapat yang disiarkan awal bulan ini oleh Levada Center, sebuah organisasi penyelidikan non-pemerintah Rusia, ekonomi merupakan perhatian utama bagi kebanyakan warga Rusia, dibanding konflik yang sedang berlangsung di Ukraine timur.

Pengundian juga mendapati bahawa 78 peratus responden bimbang tentang inflasi, 42 peratus mengenai peningkatan kemiskinan dan 36 peratus tentang pengangguran, berbanding dengan hanya 22 peratus yang mengatakan kebimbangan tentang konflik Ukraine.

Rusia sedang menghadapi krisis kenaikan harga dan penyusutan upah sebenar. Sebuah laporan bulan Mac daripada bank pelaburan Rusia VTB Capital meramalkan bahawa hidangan belanja bahan keperluan asas dari 50 peratus meningkat kepada 55 peratus daripada keseluruhan pendapatan rumah tangga pada akhir tahun ini, naik 40 peratus daripada tahun lalu.

Sekatan Moscow pada makanan import Barat, digabungkan dengan ekonomi lemah, telah menyebabkan harga beberapa bahan asas meningkat. Harga kubis telah meningkat lebih daripada 60 peratus sejak awal 2015 saja, menurut laporan dari syarikat perisikan AS yang berpangkalan di Stratfor. Demikian pula, harga rata-rata kentang telah meningkat sebanyak 36 peratus dan harga daging lembu sudah naik sebanyak 10 peratus.

Walaupun memperluaskan import makanan dari negara Amerika Latin, Rusia akan terus menghadapi kekurangan makanan, yang boleh mencetuskan rusuhan sosial, laporan Stratfor. (Eramuslim)

Share on Myspace