Turki terus bantu pelarian Syria pasca letupan Istanbul

HARAKAHDAILY | .

Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu menegaskan bahawa celah keselamatan di Syria adalah sumber utama terorisme yang menyerang Turki dan wilayah sekitarnya dan meminta warga Turki untuk membezakan antara penyerang asal dari Syria yang melakukan letupan berdarah di Istanbul dengan warga Syria lain yang tidak bersalah.

Davutoglu juga meyakinkan bahawa Turki akan menjamin keselamatan rakyat Syria di Turki dan terus menyokong pelarian Syria di Turki, lapor Anadolu Agency.

Jaminan itu datang selepas pengumuman para pegawai Turki yang menyatakan bahawa serangan Istanbul kelmarin dilakukan oleh warga negara Syria berusia 28 tahun yang dikenal pasti sebagai ahli ISIS.

Memetik laman web Middleeastupdate, Davutoglu juga mengatakan bahawa Turki tidak akan berundur walaupun satu langkah dalam perjuangan melawan ISIS.

Sementara itu, Kesatuan Eropah dan Qatar mengutuk letupan di Sultanahmet, Istanbul dan menyatakan sokongan kepada Turki dalam memerangi keganasan.

Menurut laporan, letupan di Sultanahmet Square, yang terletak berhampiran beberapa lokasi tarikan utama pelancong itu, mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang dan mencederakan 15 yang lain.

Share on Myspace