Tokoh Felda masih bersama PAS

HARAKAHDAILY | .

HULU KLANG: Pertemuan ringkas di antara pimpinan PAS dengan mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Koperasi Permodalan Felda (KPF) Datuk Sarchu Shawal diadakan di Pusat Tarbiah dan Dakwah di sini, hari ini.

Sarchu menyatakan beliau masih bersama PAS dan besedia untuk membantu Lajnah Tanah PAS Pusat.

Beliau yang mempunyai banyak pengalaman dalam pelaburan sedia untuk memberi kesedaran kepada rakyat khususnya peneroka dan generasi Felda.

Perbincangan tersebut yang turut dihadiri Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Turut serta ialah Pengerusi Unit Felda Lajnah Tanah PAS Pusat, Naraza Muda.

"Selaku Pengerusi Lajnah Tanah, saya akan memohon persetiaan Presiden dan AJK PAS Pusat untuk melantik beliau sebagai AJK Lajnah Tanah, Peneroka Bandar dan Orang Asal PAS Pusat. Akan dicadangkan beliau mengetuai sektor pelaburan di bawah Unit Felda Lajnah," kata AJK PAS Pusat, Razman Zakaria.

Katanya, pelantikan itu memberi autoriti kepada Sarchu bercakap isu pelaburan Felda.

Di samping itu, ujarnya cadangan pelaburan yang boleh memberi impak serta pulangan yang memberi muafakat kepada negara dan peneroka khususnya.

"Kita juga akan mengatur supaya Datuk Sarchu dapat turun memberi penerangan di 54 kawasan parlimen yang mempunyai tanah rancangan Felda," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 14/1/2016

Share on Myspace