Anak muda dipelawa sertai majlis pelancaran Generasi

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) Generasi bukan sahaja tertumpu kepada isu Felda malah merentasi semua isu yang berkaitan masa depan negara dan kelangsungan generasi akan datang.

Demikian kata Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat, Razman Zakaria kepada Harakahdaily.

Katanya, keputusan pemimpin hari ini memberi kesan kepada genarasi akan datang seperti kesan penghapusan tulisan jawi menyebabkan hari ini ramai generasi baru tidak tahu membaca Al-Quran.

Tambahnya, keputusan melupuskan tanah rezab Melayu boleh membawa genarasi akan datang berdagang di bumi sendiri.

Begitu juga, ujarnya kesan AFTA dan TPPA impak negatif kepada kegiatan ekonomi generasi mendatang.

"Sistem kawalan hartanah memberi kesan kepada harga rumah kepada generasi baru," ujarnya lagi.

Di samping itu, kata beliau kesan kepada keputusan membenarkan perlombongan bauksit terjejasnya penduduk generasi bandar Kuantan.

Justeru, sempena pelancaran Generasi sebagai sebuah NGO yang bergerak bersama lajnah tanah yang akan dirasmikan Presiden PAS di Kerdau, esok beliau menyeru semua khususnya generasi muda untuk turut bersama memahami isu generasi akan datang.

"Keberanian bersuara di atas hak dan kebenaran boleh membanteras penyelewengan dan menjamin kelangsungan generasi negara," katanya. - HARAKAHDAILY 15/1/2016

Share on Myspace