Tinjauan: Israel kalah, Rusia paling bahaya bagi Turki

HARAKAHDAILY | .

Sebuah hasil tinjauan pendapat yang dilakukan oleh media-media Turki menyatakan Rusia adalah negara yang dianggap paling berbahaya mengalahkan zionis Israel dan Syiah Iran.

Dalam kajian yang dilakukan media Turki di 29 bandar pada 9 hingga 17 Disember 2015 lalu  menunjukkan Rusia adalah negara paling berbahaya di dunia untuk Turki seperti yang disebutkan oleh Sputnik.

Sebelumya, pada tahun 2011 hingga 2014, zionis Israel menduduki puncak senarai negara paling berbahaya di dunia, selepas putus hubungan diplomatik kedua-dua negara akibat insiden Mavi Marmara pada 31 Mei 2010.

Menjadi dua sahabat sehingga pertengahan tahun 2015, hubungan Moscow dan Ankara rosak pada 24 November 2015 selepas pesawat F-16 Turki menembak jatuh Su-24 milik Russia kerana menceroboh wilayah udara Turki. (Eramuslim)

Share on Myspace