Media sosial: Orang boleh nilai tahap akhlak kita

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kita selalu meminta kepada Allah SWT tutuplah keaiban kita daripada diketahui oleh orang lain.

"Maklumlah kita manusia biasa yang tidak sunyi daripada kecacatan," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menerusi laman facebook.

Oleh itu, beliau mengingatkan agar jangan kita menzahirkan perangai yang buruk kepada orang ramai, sedangkan ia boleh disembunyikan daripada diketahui oleh orang lain sama ada melalui tulisan, percakapan dan tindakan.

Ini, tambahnya kerana pada zaman media sosial hari ini orang boleh menilai tahap akhlak kita melalui tulisan, komen, gambar, grafik, video di FB, twitter, WhatsApp.

Justeru, ujar beliau jangan biarkan akhlak buruk kita terdedah kepada orang ramai sehingga nama kita tersohor di kalangan pemain-pemain di alam siber.

"Banggakah kita akhlak buruk kita diketahui oleh orang lain?" tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. - HARAKAHDAILY 17/1/2016

Share on Myspace