RM3,000 jadi RM2.6b, bukan cerita politik ni - kata Mr Os

HARAKAHDAILY | .

TEMERLOH: "Insya Allah RM3,000 itu akan jadi RM2.6 bilion. Eh...eh...saya bukan cerita politik ni," kata pelakon dan pelawak, Mr Os.

Beliau yang nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid menyatakan demikian pada program Sembang Santai sempena pelancaran Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi) Peringkat Kebangsaan di Kompleks Al Makmur, Kerdau, semalam.

Turut menjdi ahli ahli panel ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani Negeri selangor, Zaidy Abdul Talib dan Bob Lokman. Majlis dipengrusikan oleh AJK Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohammad Ibrahim.

Berikut petikan ucapan beliau.

Sejak saya bawa teksi, saya boleh hantar anak ke Mesir, belajar. Berapalah agak-agak duit masuk, teksi. Masuk kereta tekan, RM3. Apa boleh buat RM3.

Tapi kalau kita redha dengan RM3 itu, insya Allah RM3 itu jadi RM3,000. Insya Allah RM3,000 akan jadi RM300,000. Insya Allah RM3,000 itu akan jadi RM2.6 bilion (hadirin ketawa).

Eh...eh...saya bukan cerita politik ni. Saya cerita angka, bertambah, bertambah, bertambah. Maknanya kalau duit tu tak usik.

Dalam ini, yang ada ramai-ramai ini, saya tak ada tengok manusia yang tak ada, yang dijadikan Allah yang begitu daif, miskin.

Mesti setiap manusia yang ada atas muka dunia ini lahirnya, matinya mesti berlebih. Maknanya keberkatannya ada. Sebab saya tak pernah jumpa orang yang lahir, lahir terus keluar, ada baju, ada kot. Tak ada kan.

Tapi apabila dia meninggal, oh allahyarham Mamat tu dah meninggal, rumah hujung sana, susah dia tu. Tinggal tak selipar dia, maknanya lebih. Kalau tidak, selipar pun tak ada. Tu kain pelikat buruk dia lah tu, kan lebih.

Bermakna kalau orang yang mengatakan diri dia tak cukup di sisi Allah, minta mengucaplah. - HARAKAHDAILY 17/1/2016

Share on Myspace