Saya dengar ucapan bekas pimpinan PAS - Nik Abduh

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Saya mendengar ucapan beberapa bekas pimpinan PAS yang telah keluar PAS dan membentuk parti baru.

"Maka saya bersyukur kepada Allah di atas nikmat istiqamah berjuang di jalanNya," ujar Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi laman Facebook.

Sehubungan itu, beliau memohon perlindungan denganNya daripada kedahsyatan hati-hati yang telah diterbalikkan sesudah hidayah dan istiqamah.

"Saya mendoakan untuk diri saya dan seluruh ahli PAS agar Allah memperteguhkan hati di jalanNya dan sentiasa kekal bersyukur di atas segala petunjuk dan hidayah daripadaNya," katanya menerusi laman facebook.

Sesungguhnya, jelas beliau hidayah adalah milik Allah sepenuhnya.

Ahli Palimen Pasir Mas itu turut memetik maksud ayat 37, surah An-Nahl: Jika engkau begitu bersungguh (wahai Muhammad) agar mereka memperoleh hidayah, maka sesungguhnya Allah tidak akan memberi hidayah kepada sesiapa yang disesatkan-Nya. - HARAKAHDAILY 17/1/2016

Share on Myspace