Cuba sekat Turki, ekonomi Rusia di ambang kehancuran

HARAKAHDAILY | .

Ketika cuba untuk menghukum ekonomi Turki dengan mengenakan sekatan, kerajaan Rusia akhirnya menyerah setelah ekonominya berada di ambang kehancuran.

Setelah menghadapi kesulitan di pelbagai sektor bermula dari tekstil sampai automotif, dari makanan hingga pembinaan kerana sekatan terhadap Turki, kerajaan Rusia merancang untuk meringankan sekatan terhadap syarikat Turki.

Harian Perniagaan Rusia, Kommersant, melaporkan pada hari Jumaat memetik seorang pegawai Persekutuan yang mengatakan Moscow sedang mempersiapkan untuk membolehkan beberapa syarikat Turki beroperasi lagi di Rusia.

Putin mengenakan sekatan terhadap Turki selepas jet pejuang F-16 Turki menembak jatuh sebuah pesawat tentera Rusia kerana menceroboh wilayah udara Turki berdekatan sempadan Syria pada November 2015.

Sekatan meliputi pengharaman produk makanan Turki, tekstil, pelancongan, automotif dan syarikat pembinaan.

Tetapi setelah mengenakan sekatan tersebut, ekonomi Rusia, yang sebelumnya telah menghadapi situasi terburuk dalam sepuluh tahun, memaksa Moscow untuk menyerah.

Banyak syarikat-syarikat Rusia yang bergerak dalam bidang automotif, tekstil dan sektor lain mula menghentikan pengeluaran kerana kekurangan bahan mentah dari Turki.

Menurut pejabat berita yang dikendalikan negara TASS, kerajaan persekutuan Rusia akan meringankan sekatan terhadap syarikat-syarikat pembinaan yang dimiliki oleh warga Turki di Rusia.

"Syarikat kontraktor besar mungkin dibenarkan untuk beroperasi di Persekutuan Rusia asalkan mereka mendirikan usaha sama dengan rakan kongsi Rusia dan mempunyai tidak kurang dari 75% plus satu saham," TASS melaporkan memetik seorang pegawai kerajaan yang bercakap kepada Kommersant.

Walaupun laporan menunjukkan bahawa pelonggaran sekatan anti-Turki berkepentingan hanya pada kontrak projek-projek pembinaan untuk Piala Dunia FIFA 2018, yang akan diadakan di Rusia, tetapi ahli mengatakan sekatan akan kembali sebagai bumerang bagi ekonomi Rusia dan memaksa Putin untuk menyerah.

TASS berkata pelonggaran sekatan akan boleh dilakukan setelah konsep perintah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Ekonomi Rusia ditandatangani, yang menghuraikan kaedah-kaedah untuk membuat kontrak dengan pembekal subkontrak Turki di Rusia, yang sebelum ini dilarang.

Pada hari Khamis kementerian menerbitkan rancangan keputusan, yang mengatakan sekatan tidak akan menghalang syarikat Turki memenuhi kontrak yang boleh membawa kepada lalai pada kewajiban dalaman atau luaran.

Awal minggu ini seorang pegawai Rusia berkata banyak syarikat besar, termasuk bank runcit terbesar, Sberbank, mengharapkan kerajaan untuk membolehkan mereka berdagang kembali dengan Turki.

Sebulan lalu, syarikat automotif Rusia telah mengemukakan permohonan serupa dengan Kremlin selepas menghentikan pengeluaran kerana kurangnya komponen automotif dari Turki.

Selain itu, dalam akhir tahun 2015, pihak berkuasa Rusia membuat sebuah senarai syarikat yang memenuhi syarat untuk menggaji warga Turki, di antaranya ada syarikat besar iaitu Turki Developers Enka, Renaissance Construction, Ant Yapı. (Eramuslim)

Share on Myspace