Mesir lulus undang-undang simbol Rabia satu kesalahan

HARAKAHDAILY | .

KABINET Mesir pada hari Khamis telah meluluskan rang undang-undang presiden yang akan menghukum orang-orang yang mempunyai, menaikkan atau mengedarkan simbol berkaitan dengan entiti 'pengganas' termasuk simbol Rabia berupa gambar 4 jari.

Pasukan keselamatan negara dilaporkan telah menahan mahasiswa yang mempunyai alat tulis, seperti pembaris dan pemadam dengan simbol tanda empat jari, lapor Worldbulletin.

Rang undang-undang yang diluluskan tersebut menyatakan bahawa mereka yang didapati bersalah akan dipenjara serta didenda minimum 10,000 pound Mesir dan maksimum 30,000 pound Mesir bagi orang yang menyiarkan, menghasilkan, mempromosikan, mengimport, mengeksport, mengangkut atau mempunyai dengan niat untuk perdagangan, simbol-simbol dari organisasi pengganas, tempatan mahupun antarabangsa.

Butiran berkaitan tanda-tanda atau gambar yang dianggap sebagai semacam simbol 'pengganas' akan dikeluarkan nanti. [Islampos]

Share on Myspace