Di mana Felda dalam isu bauksit?

BASIRON WAHAB | .

KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (Adun) Beserah, Andansura Rabu meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci bagaimana pihak Felda boleh membenarkan ladang yang dimajukannya menjadi lombong bauksit dengan begitu mudah.   
 
Menurutnya, beliau difahamkan, sebahagian lombong bauksit di Felda Bukit Goh melibatkan ladang yang diserahkan oleh peneroka kepada Felda untuk dimajukan dengan tanaman kelapa sawit.
 
Katanya, hanya dengan siasatan terperinci sahaja akan dapat membongkar isu berkenaan.
 
Hal ini kerana tidak mungkin semudah itu Felda boleh membenarkan ladang yang mereka majukan diserah kepada pihak tertentu untuk dijadikan lombong bauksit yang memusnahkan tanaman kelapa sawit.
 
“Jika Felda membenarkannya apakah agensi berkenaan juga menerima dan bayaran daripada pengusaha bauksit,” soalnya.  
 
Andansura juga ingin tahun, apakah status tanah pertanian (kelapa sawit) boleh ditukar menjadi status kepada industri (perlombongan) yang dilihat begitu mudah.
 
Katanya pertukaran status tanah biasanya memakan masa, kerana pertukaran stautus tanah melibatkan kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).
 
Sebelum kelulusan diberi, pihak Pejabat Tanah dan Galian perlu menjalankan siasatan terlebih dahulu dan proses ini tentunya mengambil masa yang lama.
 
Katanya, apakah perlombongan bauksit ini tidak melibatkan pertukaran status tanah kerana dilihat ia begitu mudah seolah-olah tanpa melibatkan proses siasatan oleh PTG dan kelulusan exco. – HARAKAHDAILY 18/1/2015

Share on Myspace