Pasukan tentera Turki paling kuat di Timur Tengah

HARAKAHDAILY | .

Russia Today menyiarkan bahawa kekuatan tentera pertama untuk kawasan Timur Tengah pada tahun 2015 diduduki oleh Turki, seterusnya Israel, Mesir, Iran, Arab Saudi dan Syria.

Sedangkan negara yang melakukan transaksi peralatan ketenteraan terbesar di wilayah tersebut adalah Arab Saudi yang mencapai 65% daripada pendapatan negara, disusul Emiriah Arab Bersatu, Mesir, Qatar dan Kuwait.

Arab Saudi merupakan negara di kawasan Timur Tengah yang paling banyak melakukan import senjata.

Arab Saudi membeli persenjataan dari beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Perancis, Kanada serta Pakistan. (Eramuslim)

Share on Myspace