Derita tahanan Palestin, 'dibunuh' perlahan-lahan

HARAKAHDAILY | .

PUSAT Pengajian Tawanan Palestin (PPCs) mendakwa dasar yang dibuat Israel, bertujuan untuk membunuh tahanan Palestin secara perlahan-lahan dengan cara meletakkan tahanan dalam sel berasingan.

Dilaporkan oleh Palestinian Information Center (PIC) semalam, laporan terbaru menunjukkan lapan tahanan Palestin diasingkan dalam sel berbeza. Tepatnya di sel tahanan Megido Israel. Mereka mengalami keadaan yang sangat membimbangkan.

Dasar tahanan ini, ditentukan oleh perisikan Israel, Shin Bet yang diberi kuasa untuk mengatur penjagaan kesihatan dan masa tahanan Palestin.

"Lapan tahanan terpencil. Mereka hanya dibenarkan untuk keluar sel selama satu jam setiap hari dengan keadaan kaki dirantai besi," ujar jurucakap tahanan, Riyadh al-Ashqar.

Beliau menambah, para tahanan tidak dibenarkan untuk menerima kunjungan dari keluarga dan peguam. Selain itu, mereka tidak dibenarkan untuk memakai jam tangan, sebagai peringatan masa.

"Mereka tidak dibenarkan untuk melaksanakan solat Jumaat serta tidak diberi alat kebersihan untuk membersihkan sel mereka yang penuh dengan serangga dan tikus kerana adanya tandas di dalam sel," katanya.

Beberapa daripada mereka dilaporkan mengalami masalah kesihatan yang serius. Seperti Mousa Sufan, 41, yang menderita kanser leher selama beberapa tahun terakhir. Malangnya, dia tidak diberikan rawatan apapun oleh pihak Israel.

Dengan demikian, PPCs mengimbau kumpulan-kumpulan hak asasi manusia, untuk mengambil tindakan lanjut terhadap fail dari tahanan Palestin serta mengakhiri kejahatan Israel. [Islampos]

Share on Myspace