Israel akui tak berdaya hadapi pemuda berani mati Palestin

HARAKAHDAILY | .

Panglima perang Zionis-Israel Gadi Eizenkot berkata, badan-badan keselamatan Israel tidak berdaya menghadapi aksi dan operasi serangan penikaman dengan pisau yang dilakukan pemuda-pemuda Palestin dengan sasaran pasukan Israel atau warga pemukimnya.

Kenyataan Eizenkot itu disampaikan dalam pembentangan berkaitan persiapan badan keselamatan Israel untuk pertama kalinya setelah dia menjabat setahun lalu, seperti dipetik Haaretz.

Panglima Eizenkot itu memberikan alasan ketidakmampuan badan keselamatan Israel menghadapi serangan penikaman bahawa tidak ada peringatan-peringatan (tanda bahaya) awal berkaitan serangan pisau.

Lebih dari 100 operasi serangan penikaman dilakukan selama tiga bulan terakhir tanpa dapat dikawal oleh pasukan Israel atau boleh memberikan amaran terlebih dahulu.

Eizenkot menjelaskan, keadaan badan keselamatan Israel yang kini kehilangan "kecanggihan dan keunggulan dalam bidang perisikan" khusus menangani serangan pisau menjadi faktor kegagalan dalam menghadapinya. Badan keselamatan menghadapi cabaran serius menghadapi Palestin.

Eizenkot mendakwa, gerakan Hamas berusaha mengubahsuai kekuatan serangannya (ovensifnya) melalui pembinaan terowong bawah tanah dan memperbaiki gudang roket. Ia memberi amaran bahawa waktu-waktu tertetnu di Jalur Gaza boleh berlaku letupan.

Eizenkot menambah, ada usaha besar sama ada di bidang perisikan atau arkitek Hamas untuk menyokong keupayaan serangannya. (Eramuslim)

Share on Myspace