PKR sertai PAN di Kelantan keliru penyokong

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BAHARU: PAS bimbang runggutan penyokong peringkat akar umbi terhadap pembabitan pemimpin PKR pusat di program anjuran serpihan PAS di negeri ini.

Setiausaha PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata penyokong di peringkat bawah keliru mengapa PKR bertahaluf siyasi dengan PAS boleh berada di pentas parti serpihan, PAN.

“PKR bertahaluf siyasi dengan PAS bagi membentuk kerajaan di Kelantan tiba-tiba berada atas pentas PAN. Ia dilihat seolah-olah berada pada pasukan yang hendak jatuhkan kerajaan PAS Kelantan,” katanya di sini semalam.

Baru-baru ini Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli difahamkan menghadiri majlis anjuran PAN di beberapa tempat di Kelantan.

Ekoran itu Che Abdullah menghantar surat kepada PKR bagi meluah rasa tidak senang pembabitan secara langsung PKR bersama serpihan PAS di Kelantan.

"Kami tak boleh halang PKR nak buat majlis di Kelantan, cuma kami rasa dukacita apabila mereka buat majlis bersama PAN di sini," kata Che Abdullah.

Menurutnya PAS juga tidak berhasrat untuk mencampuri urusan PKR dengan Parti Amanah Rakyat dalam Pakatan Harapan. HARAKAHDAILY 20/1/2016

Share on Myspace