Tiada istilah menganggur dalam kerja jamaah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kita rasa gembira dan tidak penat jika kita buat sesuatu itu ikhlas kerana Allah, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Menurutnya, kerja kita menjadi rancak dan aktif kerana yang kita buru ialah keredhaan Allah.

"Kita menjadi lesu dan tidak bermaya dan keluh kesah kerana yang kita buru ialah keredhaan makhluk semata-mata," ujarnya menerusi laman facebook.

Justeru, katanya tidak ada istilah menganggur dalam kerja jamaah.

Tambah beliau, terlalu banyak kerja yang boleh dilakukan, hendak atau tidak sahaja.

"Apa yang penting kita memposisikan diri kita di tempat yang sepatutnya," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Menurutnya lagi, Allah memberi kepada kita potensi diri yang boleh dimanfaatkan oleh Islam dan jamaah.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan agar jangan membazirkan potensi dan kelebihan masing-masing. - HARAKAHDAILY 21/1/2016

Share on Myspace