Singkir Israel dari Persatuan Perubatan Dunia

HARAKAHDAILY | .

PARA doktor di Britain menyeru penyingkiran Israel dari Persatuan Perubatan Dunia (WMA) berkaitan adanya tuntutan bahawa para doktor Israel melakukan penyiksaan perubatan terhadap warga Palestin yang mencari rawatan, lapor Maan.

"Sebanyak 71 doktor Britain telah mula menekan WMA untuk mencabut keahlian Persatuan Perubatan Israel atas tuntutan doktor Israel melakukan penyiksaan perubatan kepada pesakit Palestin," kata Ze'ev Feldman, wakil dari doktor-doktor Israel, selama pertemuan Knessett.

Jika tekanan dari doktor Britain ini berjaya, rejim Tel Aviv harus dilarang turut mengambil bahagian dalam persidangan perubatan antarabangsa dan penerbitan di jurnal.

Langkah ini mengikuti langkah sama yang dilancarkan oleh para cendikiawan di seluruh dunia selama beberapa bulan terakhir. [Islampos]

Share on Myspace