Turki tuduh Rusia punca kematian warga awam Syria

HARAKAHDAILY | .

Wakil Perdana Menteri Turki mengecam pembunuhan warga awam di Syria oleh Rusia dengan mengatakan: "Rusia telah melakukan tindak kejahatan dengan cara sembrono".

Yalcin Akdogan menyatakan hal itu, semalam di ruang redaksi Anadolu Agency di Ankara.

Akdogan juga mendakwa masyarakat antarabangsa tidak menunjukkan sensitiviti terhadap kematian orang yang tidak bersalah yang dibunuh oleh rejim Bashar al-Assad dengan bantuan Rusia.

"Sekolah, hospital dibom. Orang awam, pelajar banyak yang sudah mati di sana. Orang-orang yang tidak bersalah telah kehilangan nyawa mereka," kata Akdogan dipetik portal Islampos.

Dia juga mengatakan bahawa banyak pihak di Syria yang berjuang satu sama lain untuk mendapatkan pengaruh politik di bawah nama memerangi kumpulan ISIS.

"ISIS telah berubah menjadi kunci yang boleh membuka semua pintu," Akdogan menambah bahawa kumpulan ISIS saat ini telah berubah menjadi instrumen untuk menyusun semula dasar domestik dan sempadan daerah.

Akdogan juga bercakap tentang perlindungan warga Syria yang tinggal di Turki.

Wakil PM itu mengatakan bahawa sebanyak 270,000 daripada 2.5 juta pelarian Syria yang ada di Turki tinggal dengan penginapan yang disediakan oleh kerajaan.

Share on Myspace