Petronas pertimbang pemberhentian pekerja

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Syarikat minyak negara Petronas mempertimbangkan pemberhentian pekerja sebagai salah satu pilihan dalam berdepan tekanan kelemahan harga minyak.

Demikian lapor portal Astro AWANI, semalam yang memetik laporan The Malaysian Reserve.

Menurut laporan itu yang memetik sumber, pihak pengurusan Petronas dilapor mempertimbangkan penawaran Skim Pemisahan Sukarela (VSS) kepada tenaga kerja tetap.

Sementara itu Petronas menerusi emel kepada Astro AWANI berkata syarikat itu enggan memberikan sebarang komen terhadap dakwaan tersebut selain enggan memberikan ulasan terhadap sebarang laporan yang bersifat spekulasi.

Sebelum ini Petronas menyatakan tidak akan membuang pekerja tetap syarikat itu sebaliknya sedang meneliti kembali pekerja kontrak.

Share on Myspace