MB Kedah: Ahmad Bashah calon utama ganti Mukhriz?

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dilihat sebagai calon utama menggantikan Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar jika anak bekas Perdana Menteri itu disingkirkan daripada jawatannya, lapor portal berita The Rakyat Post.

Prof Madya Dr Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata ini kerana Ahmad Bashah, seorang ahli politik yang berpengalaman di negeri itu, adalah antara pemimpin kanan negara yang mempunyai jawatan tertinggi dalam Umno.

Menurut Azizuddin, Ahmad Bashah juga dilihat bakal menggantikan Mukhriz kerana beliau mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan Umno pusat terutama Datuk Seri Najib Razak.

“Beliau juga veteran, dan gayanya agak lama dan digemari di kalangan pemimpin kanan dan lebih tua, tetapi sukar untuk dikatakan (populariti beliau) di kalangan belia yang lebih biasa dengan Mukhriz,” ujarnya kepada The Rakyat Post.

Share on Myspace