Sudah tiba masa intifadhah gentar zionis Israel - Hamas

HARAKAHDAILY | .

Ḥarakat al-Muqāwamah al-ʾIslāmiyyah (Hamas) beserta Jihad Islam mengumumkan sokongan rasmi kedua-dua organisasi dalam gerakan Intifaddah jIII Palestin yang sedang bergolak di wilayah Tebing Barat dan bandar Al Quds.

"Gerakan Intifadah Jilid II di kota Al Quds akan terus bergelora dan membesar untuk mencapai tujuannya. Tidak ada yang boleh menghalang ataupun memadamkan api perjuangan tersebut," ujar Ismail Ridwan dalam ucapannya, semalam.

Ismail menegaskan, sudah tiba masanya pelbagai puak perjuangan dan perlawanan di wilayah Tebing Barat untuk sepenuhnya terlibat gerakan Intifadah dan membentuk satu komando lapangan yang dapat menggentarkan penjajah Zionis Israel.

Ridwan yang juga menjabat anggota Dewan Senior Hamas mengingatkan bahawa kejahatan dan pembunuhan Zionis Israel terhadap rakyat Palestin tidak akan pernah berlalu begitu sahaja tanpa adanya balasan yang setimpal dari para pejuang yang siap menumpahkan darah mereka demi kemerdekaan Al Quds.

Sementara itu pemimpin Jihad Islam, Khaled al-Batsh mengingatkan para pemuda Palestin bahawa perang melawan penjajah Zionis Israel akan berterusan dan tidak akan berhenti sehingga mereka meninggalkan seluruh tanah Palestin.

Perlu diketahui walaupun baru menyokong dan mengakui adanya gerakan intifadhah pada akhir bulan Januari ini, sebenarnya para pemimpin 2 organisasi terus-menerus telah dipanggil untuk meneruskan perjuangan sejak berlangsung pada bulan Oktober lalu.

Tercatat hingga pertengahan bulan Januari ini sudah 148 warga Palestin syahid dalam gerakan Intifadhah III yang telah berlangsung selama 3 setengah bulan. (Eramuslim)

Share on Myspace