Bantah TPPA: Semakin ramai memenuhi Padang Merbok

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Orang ramai semakin berpusu-pusu memasuki Padang Merbok, di sini untuk menyertai himpunan aman Bantah TPPA selepas solat Zohor.

Mereka bergerak dari Masjid Negara, Masjid Jamek, Masjid India dan Sogo ke tempat himpunan tersebut yang dipindahkan dari tempat cadangan asal di Dataran Merdeka.

Cuaca yang agak panas ketika ini tidak menghalang para peserta untuk duduk di atas padang bersama-sama.

Beberapa pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) seperti Bersih 2.0, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) menyampaikan ucapan awal.

Sebahagian besar peserta memakai baju hijau Fastaqim.

Himpunan Bantah TPPA ini dianjurkan oleh Kongres Rakyat yang dipengerusikan oleh Mohd Azmi Abdul Hamid. - HARAKAHDAILY 23/1/2016

Share on Myspace