TPPA sebabkan harga ubat mahal

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Tian Chua menyeru rakyat Malaysia untuk bangkit mempertahankan hak demokrasi mereka dengan menolak TPPA.

Beliau yang mewakili Pakatan Harapan ketika berucap di Himpunan Bantah TPPA berkata, rakyat negara ini berhak untuk menentukan nasib ekonomi mereka tanpa mengikut telunjuk mana-mana pihak.

"Sudah banyak risiko daripada TPPA ini misalnya pengangguran akan naik, perubatan akan mahal dan banyak kerburukan daripada kebaikan," katanya di Padang Merbok.

Katanya, ahli parlimen pembangkang tidak cukup untuk menolak TPPA di parlimen dan rakyat memerlukan sokongan ahli parlimen BN demi maruah tanah air negara ini.

"Kita tidak akan sokong TPPA. Tetapi tidak cukup dengan ahli parlimen pembangkang. Kita harus berdiri untuk pertahankan hak rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Batu. – HARAKAHDAILY 23/1/2016

Share on Myspace