Bantah TPPA: Hari bersedih meratapi negara kita

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan himpunan aman Bantah TPPA di Padang Merbok hari ini sebagai hari bersedih meratapi negara kita.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Bantah TPPA, Mohd Nizam Mahshar dan semua pihak yang berhimpun pada hari ini yang terdiri daripada individu, NGO dan parti politik.

Menurutnya, rakyat dianiayai oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab apabila menandatangani TPPA kerana menjadikan negara ini berada di ambang kemusnahan.

Ini, katanya kerana dengan menandatangani TPPA membawa kemusnahan kepada masa depan ekonomi negara.

Beliau mengucapkan terima kasih anak-anak muda yang hadir pada himpunan aman itu.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mengucapkan terima kasih kepada golongan tua selaku orang lama yang datang untuk mengajar anak-anak musa memahami politik negara.

Katanya, jika kerajaan berkeras tidak menandatangani TPPA walaupun Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama datang lima kali ke negara ini, tiada sekatan ekonomi kepada Malaysia.

"Kalau kerajaan tandatangani, kita diikat diri kita dengan Amerika.

"Adakah tuan-tuan yakin Amerika beri perlindungan kepada kita Malaysia," tanya beliau yang dijawab spontan 'tidak' oleh para hadirin.

Katanya, dengan menandatangani TPPA, negara akan mengikut ke mana Amerika pergi. - HARAKAHDAILY 23/1/2016

Share on Myspace