TPPA: Banyak rahsia rakyat tidak tahu

MUHAMMAD FAIZAL | FOTO WAN ZAHARI | .

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Nuridah Salleh menyifatkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah perjanjian penuh rahsia.

Beliau ketika berucap pada himpunan aman Bantah TPPA di Padang Merbok petang tadi berkata perjanjian tersebut harus diketahui oleh rakyat.

"Kenapa kita bantah, sebab kita tidak tahu apa isi kandungan di dalam perjanjian tersebut.

"Perjanjian penuh rahsia dan terlalu banyak yang dirahsiakan dari rakyat, sebagai rakyat kita perlu mengetahu apa yang terkandung dalam perjanjian tersebut," ucap beliau di hadapan sekitar 30,000 yang hadir.

Katanya, rakyat perlu membantah tindakan kerajaan yang ingin menandatangi perjanjian penuh rahsia itu.

"Kita harap kerajaan tidak mengambil keputusan yang silap, kerajaan tidak perlu menandatangi perjanjian tersebut.

"Kerajaan perlu dengar apa yang kita bantah dan bukannya menjadi kerajaan pekak badak, buat keputusan tanpa mengambil pandangan rakyat," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 23/1/2016

Share on Myspace