Ribuan hadiri pengebumian gadis Palestin dibunuh Israel

HARAKAHDAILY | .

SEJUMLAH besar warga Palestin menyertai pengebumian seorang gadis Palestin berumur 13 tahun yang ditembak mati oleh pasukan zionis Israel di wilayah pendudukan Tebing Barat.

Beribu-ribu menghadiri pengebumian Ruqayya Eid Abu Eid di kampung Tebing Barat selatan Yatta, selatan Al-Khalil (Hebron), semalam, pejabat berita Ma'an melaporkan.

Gadis muda Palestin itu ditembak mati di luar penempatan haram Anatot di timur laut al-Quds (Jerusalem) selepas dia didakwa cuba menusuk seorang tentera Israel pada hari Sabtu.

Pengebumiannya dilaporkan berubah menjadi perarakan massa pemberontakan melawan Israel.

Para peserta melaungkan slogan-slogan mengutuk kejahatan rejim Tel Aviv dan menyeru menamatkan kekejaman Israel.

Mereka menggesa masyarakat antarabangsa tidak hanya berdiam diri atas tindakan kekerasan zionis Israel terhadap warga Palestin.

Mereka juga menuntut agar pihak berkuasa Palestin mengambil langkah-langkah ketat untuk menghalang Israel melakukan jenayah terhadap kanak-kanak Palestin. [Islampos]

Share on Myspace