Isu agama: Mari berdialog, elak mahkamah

HARAKAHDAILY | .

DPPM memandang serius tindakan mahkamah yang diambil terhadap Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang atas laporan Harakah yang mengaitkan nama beliau menyelar Kristianisasi di Sabah dan Sarawak.

Perkara ini amat dikesali kerana pihak pendakwa secara melulu terus bertindak sedemikian tanpa terlebih dahulu merujuk kepada pihak Harakah ataupun pihak Presiden PAS sendiri. Seharusnya ia perlu mendapat penjelasan sebenar apa yang dimaksudkan oleh Presiden PAS. Tindakan melulu sebegini hanya akan mengakibatkan reaksi negatif terhadap hubungan antara agama di Malaysia.

Dalam kenyataan balas [email protected], mereka tidak mempertikaikan kesahihan fakta yang disebut di dalam artikel, tetapi lebih kepada memainkan sentimen kebencian dan membandingkannya dengan agama Islam. Sikap ini seolah mempamerkan kegusaran pihak mereka untuk menutup pekung yang cuba didedah. Ia juga seolah mempertikaikan kedudukan Islam yang istimewa sebagaimana yang diperuntukkan perlembagaan negara.

DPPM juga menjangkakan, tindakan mahkamah yang diambil ini hanya bersifat populis bagi memburukkan PAS menjelang PRN Sarawak nanti. Umum mengetahui situasi sosio-agama di Sarawak signifikan berbanding negeri-negeri lain. Beberapa parti dikesan memainkan sentimen agama untuk menolak pengaruh PAS yang semakin berkembang di sana.

DPPM mengajak [email protected] untuk berdialog secara terbuka berhubung isu yang diheret ke mahkamah ini. Budaya ilmiah sewajarnya diamalkan supaya isu-isu keagamaan ini tidak dijadikan bahan untuk meraih matlamat politik. Dengan cara ini, penganut mana-mana agama boleh menilai sendiri kebenaran antara Kristian dan Islam.

USTAZ HAFEZ SABRI
Pengerusi, Lajnah Dakwah DPPMHARAKAHDAILY 28/1/2016

Share on Myspace