PRN Sarawak: Adenan cadang 30 Apr, SPR lepas bubar Dun

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Walaupun Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem memilih 30 April depan untuk mengadakan pilihan raya negeri (PRN) tetapi ia perlu diadakan selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun).

Memetik laporan Bernama, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata sesiapa sahaja boleh memberi cadangan mengenai tarikh Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Namun katanya mengikut peruntukan SPR, proses pilihan raya hanya akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Dun itu.

Menurutnya, selagi Dun tidak dibubarkan, SPR tidak akan menentukan tarikh pilihan raya.

Ini, jelasnya kerana tugas berkaitan pilihan raya hanya bermula selepas itu termasuk urusan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Adenan, malam tadi menyatakan beliau memilih mengadakan PRN ke-11 pada 30 April manakala penamaan calon pada 18 April.

Share on Myspace