Terowong Gaza untuk bebas seluruh Palestin - Haniyeh

HARAKAHDAILY | .

Wakil Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh mengatakan Hamas membina terowong bagi mempertahankan Gaza sebagai titik pembebasan seluruh wilayah Palestin.

Seperti dikutip Palestinian Information Center, semalam Haniyeh menyampaikan ucapannya semasa khutbah Jumaat di Masjid Omari.

Beliau mengungkapkan, ketika upacara pengebumian tujuh pejuang Hamas, puluhan ribu warga Palestin menyertai dan mendoakan para syuhada.

"Kemenangan dan kejayaan dapat dicapai, meski dengan kemampuan sederhana," ujar Haniyeh.

"Gaza hari ini mengucapkan selamat tinggal untuk para syuhada yang telah berjuang menggali terowong bawah tanah untuk pembebasan Palestin," tambahnya.

Beliaumenekankan, genjatan sejata yang dilakukan bukan tujuan Hamas untuk berehat.

Hamas untuk melawan kejahatan Israel dan perang yang akan datang. [Islampos]

Share on Myspace