Sibuk pasal orang lupa tentang diri sendiri

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad mengingatkan para pendukung jamaah agar tidak membazirkan masa dan tenaga kurniaan Allah.

"Jangan bazirkan masa dan tenaga yang Allah SWT kurniakan kepada kita," ujarnya menerusi laman facebook.

Justeru, beliau menggesa agar gunakanlah sebelum Allah menarik kembali nikmat ini daripada diri kita.

Katanya, apabila kita terlantar sakit dan tidak bermaya, baru kita menyesal kerana selama ini kita bazirkan tenaga kita.

"Kita akan mengalir air mata kerana kudrat yang ada pada diri kita sudah lemah tidak mampu untuk membantu kepada perjuangan," kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu.

Sehubungan itu, katanya kalau semua sepakat menjalankan tugas jamaah tidak ada lagi masa hendak mengkritik dan nampak kelemahan orang lain.

Menurutnya, lumrah manusia memang begitu, apabila sibuk pasal orang lupa tentang diri sendiri.

"Sibukkan diri kita dengan amalan dan zikir yang mendekatkan diri kepada Allah dan kerja jamaah. Insya Allah inilah terapi yang mujarab," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 31/1/2016

Share on Myspace