150,000 kunjungi pameran Tok Janggut

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BAHRU: Pameran Tok Janggut, Sultan Muhammad Al Fateh dan mumia Firaun yang diadakan di Muzium Negeri dikunjungi seramai 150,000 pengunjung.

Pameran itu diadakan selama tiga bulan bermula 20 Oktober tahun lepas dan berakhir hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata pameran itu turut dikunjungi pelancong luar negara.

Katanya sambutan orang ramai begitu memberangsangkan sepanjang tempoh pameran diadakan.

“Pameran ini bukan sekadar pameran semata-mata sebaliknya sarat dengan unsur pendidikan dan ilmu pengetahuan bagi pelajar.

“Sebab itulah kita pameran ini dikenali sebagai pameran pendidikan perdana,” katanya ditemui selepas Bual Bicara bersama bekas Pengarah Muzium Negeri, Dr Nik Azlan Abdul Hadi dan penyampaian hadiah kuiz dan selfi bersama unta di Muzium Negeri.

Sepanjang pameran diadakan pengunjung turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik termasuk forum, pertandingan melukis dan mewarna. - HARAKAHDAILY 31/1/2016

Share on Myspace