Ibu sakit, Khaled Mishal datang ke Jordan

HARAKAHDAILY | .

KHALED Mishaal, Ketua Biro Politik Hamas tiba di Jordan pada hari Sabtu malam.

Menurut media Antolia, beliau tiba di negeri itu untuk menemui ibunya yang sedang sakit.

Seperti dikutip Palestinian Information Center, pelbagai sumber media berkata, Mishal akan tinggal di Jordan sehingga hari Rabu ini. Ini adalah lawatan beliau yang keempat.

Sebelumnya, Mishal melawat Jordan pada tahun 1999 semasa menghadiri majlis pengebumian ayahnya.

Kemudian beliau datang pada tahun 2011 untuk melawat ibunya yang sakit. Lalu, tahun 2012 ketika melakukan lawatan politik, berikut pengantaraan dengan Qatar. [Islampos]

Share on Myspace