Ayuh manfaatkanlah usia mudamu

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad mengingatkan anak-anak muda supaya menggunakan masa itu sewaktu fizikal masih kuat dan bertenaga.

"Pesanan saya untuk adik-adik dan anak-anak yang masih berusia muda. Gunakanlah masa sewaktu fizikal masih kuat dan bertenaga," ujarnya menerusi laman facebook.

Menurutnya, ketika itu idea masih bernas dan segar.

"Perkara ini akan berlalu begitu sahaja setelah usia sudah meningkat," katanya lagi.

Tambahnya, apabila usia semakin tua akan terasa banyak kekurangan.

"Percayalah anda akan terasa banyak kekurangan sewaktu usia semakin tua berbanding sewaktu muda remaja.

"Ayuh manfaatkanlah usia mudamu," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Semalam, beliau merasmikan Pertandingan Futsal Piala Ahli Parlimen Bukit Gantang di Gelanggang Kurnia Jaya dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. - HARAKAHDAILY 1/2/2016

Share on Myspace