Isu Kedah: PAS gesa hormati saluran demokrasi

WAN NORDIN WAN YAACOB | .

KUALA LUMPUR: PAS menggesa agar isu kepimpinan utama Kerajaan Kedah diselesaikan dengan segera mengikut amalan demokrasi menerusi suara rakyat melalui Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk ditentukan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS berpegang pada lunas undang-undang serta asas demokrasi yang berakhlak dan beradab dalam menyelesaikan apa juga masalah yang melanda dalam negara ini.

Apatah lagi, katanya sekiranya sebarang masalah yang berlaku itu akan menjejaskan pengurusan kerajaan sekaligus mengganggu kesejahteraan rakyat berbilang kaum yang ada.

Kenyataan beliau itu dibaca timbalan beliau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semasa mengadakan sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini hari ini.

Hadir sama Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi, AJK PAS Pusat, Muhtar Suhaili dan Muhammad Sanusi Md Nor.

Turut diulas dalam sidang media itu berhubung isu pilihan raya Sarawak dan peluang PAS di sana. - HARAKAHDAILY 1/2/2016

Share on Myspace