Nasihat buat pemuda PAS daripada Nik Abduh

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS mestilah menjadi ahli masjid, kaki masjid yang memakmurkan masjid.

"Di situlah ditemukan cinta Allah, cinta orang-orang yang mencintai Allah dan cinta amal ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah," ujar Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Tambahnya, Pemuda PAS mestilah dalam gelungan ilmu, ulat buku dan kaki kuliah yang dahagakan ilmu yang bermanfaat dan bertambah-tambah.

Ini, katanya kerana di situlah ditemukan makrifatullah, faham agama dan cinta para ulama.

Menurutnya lagi, Pemuda PAS mestilah bersama masyarakat dan keramaian, dalam senang dan susah mereka.

"Di situlah ditemukan amal kebajikan, amal dakwah dan amal jihad. Di situlah ditemukan perlumbaan menuju Allah dan redhaNya," ujarnya menerusi laman facebook dengan tajuk Nasihat Buat Pemuda PAS.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu menambah, Pemuda PAS mestilah menuju puncak iaitu puncak makrifat, puncak ikhlas, puncak jihad dan puncak qudwah.

"Semoga Allah membantu dan memberkati pemuda PAS," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 1/2/2016

Share on Myspace