Selangor buka pinjaman pelajaran sesi 2016

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor mempelawa semua pelajar yang memenuhi kelayakan untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor bagi sesi pertama 2016.

Pelajar boleh membuat permohonan secara atas talian bermula pada 1 Februari sehingga 29 Februari ini di laman web rasmi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor di http://tkwbns.selangor.gov.my/portal/.

Memetik laporan Selangor Kini, syarat kelayakan permohonan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang terdiri daripada rakyat Sultan Selangor.

Pemohon juga adalah kelahiran di Selangor atau Ibu atau bapa lahir di Selangor; atau pemohon bermastautin lebih lima tahun di Selangor dengan pengesahan daripada Adun, Penghulu, Pengerusi JKKK/Ketua Kampung.

Kadar pinjaman ditawarkan adalah seperti berikut:

Kadar pinjaman bagi setahun adalah ijazah (perubatan) sebanyak RM7,000, ijazah (lain-lain) RM6,500, diploma RM4,900.00 dan sijil RM4,000.

Share on Myspace