Zionis Israel bina tembok sekeliling Ramallah

HARAKAHDAILY | .

Minggu 31 Januari 2016, suasana di bandar Ramallah wilayah Tebing Barat, Palestin, dilaporkan begitu mencengkam selepas tentera Zionis Israel dilaporkan menutup seluruh pintu masuk dan keluar bandar.

Seperti yang dilaporkan oleh wartawan Rassd dalam pemberitaan hari minggu, semalam menyatakan bahawa selain untuk menyekat maklumat bandar Ramallah, tentera Zionis Israel juga mendirikan pos-pos pemeriksaan yang menyebabkan kesesakan teruk aliran yang akan keluar atau masuk kota.

Dari maklumat yang diperolehi Rassd menyatakan pembinaan tembok di luar bandar Ramallah dilakukan tentera Zionis Israel setelah berlaku serangan bersenjata yang mencederakan 3 tentera Yahudi di dekat pos pemeriksaan Beit Eil pada pagi semalam.

Meletus pada awal Oktober tahun 2015, gerakan Intifadah jilid III menjadi simbol terbaru perjuangan bangsa Palestin dalam melawan penjajahan terhadap Masjid Al Aqsa dan kota Al Quds.

Tercatat hingga akhir bulan Januari sebanyak 168 orang awam syahid dalam benterokan antara warga Palestin dengan tentera Zionis Israel, termasuk 32 orang anak-anak. (Eramuslim)

Share on Myspace