Al-Qassam akan paksa Israel bebaskan tahanan Palestin

HARAKAHDAILY | .

GERAKAN sayap kanan pejuang Hamas, Al-Qasam berkata, ia mempunyai kejutan untuk pertempuran mendatang melawan pasukan Israel.

Seperti dikutip Palestinian Information Center hari ini, ia akan mendesak Israel untuk membebaskan tahanan Palestin.

Abu Obeida, juru bicara Al-Qasam menyampaikan ucapan tersebut ketika upacara pengebumian tujuh pejuang Hamas  yang gugur dalam insiden terowong Gaza runtuh.

"Penentangan terhadap tentera Israel telah membangkitkan kekuatan rakyat Palestin. Jika zionis berani melakukan serangan kebodohan terhadap rakyat Palestin, maka bersiaplah untuk mendapat kejutan dari kami," ujar Obeida.

Beliau berjanji untuk memaksa Israel membebaskan tahanan Palestin dan merayakan pesta kemenangan Palestin. [Islampos]

Share on Myspace