PAS Melaka ucap takziah, lawat tempat kejadian

HARAKAHDAILY | .

JASIN: PAS Melaka mengucapkan takziah kepada keluarga kanak-kanak perempuan tujuh tahun yang mati lemas selepas terjatuh dalam lubang kumbahan najis di Sekolah Rendah Agama Jaim Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai di sini, petang semalam.

Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Kamarudin Sidek bersama bendahari, Yasim Musa dan beberapa pimpinan negeri turut menghadiri majlis pengebumian kanak-kanak itu, Raja Nur Najjwa Ariana Raja Mohamad Shahrunizam pagi tadi.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada bapa pelajar berkenaan di samping melawat tempat kejadian dan menemui guru sekolah.

Dalam kejadian semalam, mangsa yang merupakan murid sekolah agama berkenaan dipercayai terjatuh ke dalam satu daripada empat lubang najis sedalam 3.7 meter ketika bermain dengan beberapa rakannya pada waktu rehat kira-kira 4.45 petang.

Bomba terpaksa menyedut keluar separuh daripada air kumbahan berkenaan sebelum mangsa ditemui kira-kira 5.30 petang. - HARAKAHDAILY 2/2/2016

 

Share on Myspace