MB ziarah keluarga mangsa kemalangan Chiku 2

SALMAH MAT HUSAIN | .

GUA MUSANG: Keluarga mangsa kemalangan jalan raya yang membabitkan enam beranak baru-baru ini diziarahi Menteri Besar petang semalam.

Ustaz Datuk Ahmad Yakob turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa di Felda Chiku 2 dan Kampung Panggung Lalat.

Hadir sama Yang Dipertua PAS Gua Musang Azman Ahmad, timbalannya Abdullah Husain dan Penyelia Dun Paloh, Noraini Hussin.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Semoga kita tabah menghadapi ujian yang gentir ini,” katanya pada kunjungan tersebut.

Dalam kejadian 23 Januari lalu enam sekeluarga terbunuh, manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Kilometer 25 Jalan Gua Musang - Kuala Krai,

Mangsa ialah pemandu kereta Nur Amira Azudin, 23, ibunya Mardiah Drani (48), kakak iparnya Noor Azila Yasin, 27 tahun.

Tiga lagi mangsa anak Noor Azila, pasangan kembar Siti Badrishah Ab Rahman dan Siti Noraudah, empat tahun dan Muhammad Hadif Haykal Muhd Hafiz, 18 bulan.

Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Panggong Lalat dalam perjalanan ke Felda Chiku 2. – HARAKAHDAILY 2/2/2016

Share on Myspace