Pasukan Ninja Jalur Gaza sedia hadapi tentera zionis

HARAKAHDAILY | .

Walaupun berada jauh dari tempat asalnya di negeri 'matahari terbit' Jepun, sekumpulan warga di Jalur Gaza kini ramai mempopularkan seni bela diri ninja sebagai salah satu alternatif untuk membekali diri dari jenayah dan pencerobohan penjajah zionis Israel.

Seperti dikutip Anatolia dalam wawancara dengan master ninja Palestin, Ahmad Samur, mengatakan bahawa perlu waktu yang agak lama bagi seseorang jika ingin benar-benar menguasai ilmu bela diri yang bergantung kepada ketangkasan dan kelajuan ini.

"Saya telah mempelajari ilmu bela diri ninja sejak umur 8 tahun melalui internet. Ya tentunya kita sudah tahu bahawa sekatan zionis Israel menjadi halangan terbesar bagi saya untuk lebih mendalami seni bela diri ini dari negeri asalnya," ujar Ahmad Samur dipetik portal Eramuslim.

Ahmad Samur menambah, "Di sini rakan-rakan akan berlatih biasanya sebanyak 2-3 kali dalam satu minggu, dengan lama masa latihan tidak melebih dari 3 jam. Dan kini seni bela diri ini mulai dilirik oleh masyarakat Palestin di Jalur Gaza."

Mahu tahu bagaimana aksi ninja Palestin yang siap membasmi zionis Israel?

Berikut foto-foto untuk anda:

Share on Myspace