ISIS tiada hubungan dengan Islam - Erdogan

HARAKAHDAILY | .

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata bahawa kumpulan ISIS yang menyatakan kekhalifahan Islam di Iraq dan Syria pada tahun 2014 sama sekali tidak ada hubungannya dengan Islam.

"Yang pertama, Islam tidak pernah membolehkan tindakan terorisme, yang kedua Islam dan keganasan tidak boleh saling berpegangan tangan dan yang ketiga, ISIS adalah organisasi pengganas dan tidak ada hubungannya dengan Islam," kata Erdogan dalam ucapannya kepada Suruhanjaya Ekonomi PBB untuk Amerika Latin dan Caribbean di Santiago, Chile.

"Sebaliknya, ISIS merugikan Islam dengan apa yang dilakukannya," tegas Erdogan dipetik portal Islampos.

Namun, Erdogan memberi amaran bahawa pendekatan keganasan atas nama agama atau kumpulan etnik tertentu telah menyebabkan berlakunya xenofobia dan perkauman di tengah masyarakat.

Erdogan sendiri ketika ini sedang melakukan lawatan negara Amerika Latin selama beberapa hari, demikian dilaporkan oleh Anadolu Agency.

Share on Myspace