Penduduk Madaya harap kepungan rejim berakhir

HARAKAHDAILY | .

Situasi kemanusiaan di bandar Madaya, Syria yang telah dikepung oleh rejim Assad dan Hizbullah selama tujuh bulan terakhir terus merosot dari hari ke hari.

Penduduk tempatan yang meninggal dunia terus bertambah kerana kelaparan dan keadaan cuaca buruk.

Hanya dua kali bantuan kemanusiaan yang boleh masuk ke Madaya. Penghantaran bantuan ini belum cukup untuk mencegah kematian 80 orang di Madaya.

Seorang penduduk madaya Um Ridha, 46 tahun, seorang ibu dari enam anak, mengisahkan tentang perjuangan keluarganya melawan kelaparan dan musim sejuk kepada Anadolu Agency.

"Kami tidak punya wang dan harus mengatasi lapar dan sejuk," katanya, semalam. "Satu liter bahan bakar mempunyai harga hampir 6,000 lira Syria [kira-kira $15] manakala satu kilogram kayu bakar dihargai 600 Lira Syria [kira-kira $1.5]," keluhnya.

"Aku menutupi anak-anaku dengan selimut agar tetap hangat. Aku tidak tahu apa lagi yang harus aku lakukan. Kami ingin PBB untuk membantu kami. Kami mendesak AS, Qatar, Eropah dan Arab Saudi untuk membantu kami," tambahnya.

Warga Madaya yang lain, Um Safa, 45, berkata, "Cuaca semakin sejuk. Kita perlu bahan bakar untuk pemanasan. Sila hantar bahan bakar. Orang-orang mati kerana sejuk. Kami ingin jalan-jalan untuk dibuka dan pengepungan segera berakhir...."

Ismail Abu Kadr, 61, warga Madaya lain, berkata keluarganya hanya menerima dua kilogram beras dari kiriman bantuan PBB.

"Ada tujuh orang dalam keluarga ini. Apa yang harus saya lakukan?" tanya beliau.

Bandar Zabadani di sempadan Lubnan yang melihat pertempuran sengit tahun lalu juga dikepung oleh rejim. Pasukan rejim juga telah mengepung Zabadani benteng terakhir pembangkang anti-rejim untuk menghentikan konvoi bantuan dari Lubnan.

Abdurrahman Abu Firas, 63, baru-baru ini datang ke Madaya dari Zabadani, yang terletak kira-kira 10 kilometer jauhnya.

Menurut Abu Firas, bantuan yang dihantar baru-baru ini oleh PBB cukup hanya untuk 10 hari.

"Aku bahkan tidak dapat mencari kayu bakar, orang-orang mulai membakar almari mereka untuk bahan bakar," katanya.

"Kami hanya ingin pengepungan ini berakhir," tegasnya. [Islampos]

Share on Myspace