Selangor kutip zakat lebihi sasaran, agih RM676.3 juta

HARAKAHDAILY | .

SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengutip zakat sebanyak RM626.6 juta dan mengagihkan RM676.3 juta pada tahun 2015.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, jumlah kutipan zakat tahun lalu sebanyak RM626.6 juta berbanding RM582.3 juta pada 2014.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM605.2 juta dikutip daripada zakat harta manakala RM21.5 juta daripada zakat fitrah," ujarnya pada sidang media di sini, pagi tadi.

Menurutnya, Zakat Selangor telah mensasarkan kutipan sebanyak RM615 juta pada tahun lalu.

Beliau berkata, jumlah kutipan zakat terbesar mengikut segmen disumbangkan oleh zakat pendapatan (RM385.9 juta), zakat perniagaan (RM117.2 juta), zakat simpanan (RM38.1 juta), zakat harta (RM38.0 juta), zakat saham (RM10.1 juta), zakat KWSP (RM9.7juta), zakat emas dan tanaman (RM2.5 juta), zakat qada (RM1.1 juta) dan zakat ternakan serta perak (RM0.05 juta). - HARAKAHDAILY 4/2/2016

Share on Myspace