Tiada rakyat Malaysia terlibat gempa bumi di Taiwan

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Wisma Putra mengesahkan sehingga kini tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian gempa bumi yang melanda wilayah Pingtung di Taiwan, awal pagi tadi.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya akan meneruskan pemantauan dan memberikan maklumat sewajarnya berhubung kejadian gempa berkenaan.

"Rakyat Malaysia yang berada di Taiwan dinasihatkan agar sentiasa berkomunikasi dengan pejabat kita di Taiwan dan mematuhi segala arahan serta nasihat keselamatan pihak berkuasa," menurut kenyataan itu.

Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Taiwan pada 3.57 pagi tadi, kira-kira 28 kilometer timur laut wilayah Pingtung.

Media antarabangsa melaporkan setakat ini, lima mangsa terkorban termasuk seorang bayi perempuan berusia 10 hari, sementara 35 orang lagi dikhuatiri terperangkap. - Bernama

Share on Myspace