100 wanita Palestin diculik sepanjang intifadhah

HARAKAHDAILY | .

SURUHANJAYA Tahanan Palestin (PPCS) berkata, penjajah Israel telah menculik 100 wanita Palestin selama perjuangan intifadfhah di al-Quds.

Menurut sebuah laporan yang dikeluarkan semalam mengatakan, pasukan Israel telah melakukan kejahatan serius terhadap wanita Palestin terutama pada gadis-gadis Palestin yang dianiaya selepas ditembak oleh pasukan Israel.

"Tahanan wanita Palestin mengalami penganiayaan secara fizikal, penderaan serta keadaan penjara yang membimbangkan di penjara Hasharon dan Damon," ujar Abdul Naser Farwaneh, pegawai-pegawai kanan PPS.

Seperti dikutip Palestinian Information Center (PIC), kira-kira 55 wanita Palestin yang ditangkap adalah kanak-kanak dan mengalami kecederaan. (Islampos)

Share on Myspace