PAS tidak benarkan ahli perbesar soal khilafiah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS tidak membenarkan ahlinya memperbesarkan soal khilafiah di dalam jamaah.

"Ia merupakan perkara yang tidak ada noktah terakhir jika diperdebatkan," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Menurutnya, PAS mengambil pengalaman pahit yang dilalui oleh setengah dunia Islam sehingga bergaduh sesama sendiri, akhirnya Amerika Syarikat dan Israel yang kenyang.

Justeru, kata beliau jangan pula perkara yang sama berlaku di negara ini.

Beliau menambah, masalah khilafiah jika dibincang sampai bila pun tidak selesai kerana masing-masing ada hujah yang tersendiri.

Jelasnya lagi, ulama mujtahid zaman silam sudah lama berbincang dengan penuh adab dengan disiplin ilmu.

"Janganlah ia menjadi polemik umum sehingga mengelirukan orang yang baru hendak menjinakkan diri dengan Islam," ujarnya yang juga Ahi Parlimen Bukit Gantang. - HARAKAHDAILY 7/2/2016

Share on Myspace